ALLAHUAKBAR!
Hari demi hari berlalu.. Seringkali terbayang wajah semalam yang sudah menjadi kenangan. Aduhai hidup "aku ingin menjadi lebih baik dari semalam"
Payah untuk mentafsirkan mengapa ianya terjadi?
Mengapa ianya milikku?
Mengapa perlu aku yang melaluinya?
Mengapa? Mengapa? Mengapa?
Seringkali juga aku cuba untuk mengalihkan pandangan hati kepada jawapan "Semua itu TAKDIR". Tidak perlu dinafikan. Tidak perlu disesalkan. Tidak perlu ditangiskan. Apa yang perlu, mulai dari saat ini.. Apa yang aku ada, adalah milikku yang dianugerahkan Allah. Bagi yang tercalar, tercarik, ternoda... Pastinya dari kesilapan aku. Untuk hari esok.. dan hari-hari seterusnya, aku ingin lebih BAIK....
Ayuh aduhai aku...
Memori itu hanyalah warna warni sebuah kehidupan. Andai warnanya hanya tunggal.. Apa yang kau rasa? Putih sahaja memang suci.. Tapi tiada indahnya jika tidak bertemankan corak dan warna lain... Sehelai kain dinilai CANTIK kerana corak dan warnanya..
Allah itu MAHA ESA, MAHA AGUNG, MAHA ADIL, MAHA BIJAKSANA...
Gelap malam juga diterangi rembulan dan bebintang... biarpun hujan melanda, rembulan dan bintang bagai dikaburi.. Namun masih ada jalur cahaya untuk kau melihat bayang insan dihadapanmu....
Maka seharusnya kau mensyukuri anugerah hidup ini wahai aku..
Allah itu tidak kejam sebagaimana engkau kejam pada dirimu.. Allah itu tidak pernah lupa sepertimana engkau lupa pada kebesaranNYA.
Pandanglah hari esok sebagai matlamat kecemerlangan.. Pandanglah setiap yang engkau miliki sebagai hadiah dariNYA. Jangan engkau membandingkan dengan apa yang engkau TIADA...
Ayuh aduhai aku..
Mengadu pada yang ESA
Meminta pada yang sentiasa memberi
Itulah Tuhan MU
TUHAN SEKELIAN ALAM...
ALLAHUAKBAR!
No comments:
Post a Comment